TEKS UCAPAN YB DATO’ SERI DR. SHAHIDAN KASSIM, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI, DI MAJLIS PENYERAHAN KUNCI RUMAH-RUMAH BARU KEPADA
MANGSA-MANGSA OPS DAULAT, KAMPUNG TANJUNG BATU DAN TANJUNG LABIAN, LAHAD DATU, SABAH PADA 25 FEBRUARI 2014.
Terima Kasih kepada Saudara Pengacara Majlis
;
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,
Yang Berbahagia Datuk Mohamed Thajudeen bin
Abdul Wahab
Setiausaha, Majlis Keselamatan Negara
Yang Berhormat Datuk Haji Datu Nasrun Datu
Mansur
Ahli Parlimen P.188 Silam
Yang Berhormat Datuk Mohd Suhaili Haji Said
Ahli Dewan Undangan Negeri N.49 Tungku
Yang Berhormat Dato’ Mohammad Yusof Apdal
Ahli Dewan Undangan Negeri N.50 Lahad Datu
Yang Berusaha Tuan Rodzi bin Md Saad
Setiausaha Keselamatan Negeri Sabah
Yang Berbahagia Datuk-Datuk,
Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan;
Ketua-Ketua Jabatan Negeri
Tuan Pegawai Daerah Lahad Datu
Semua pegawai-pegawai Kanan Kerajaan ;
Tuan-tuan Ketua Kampung Tanjung Batu dan Tanjung
Labian;
Semua penduduk Kampung Tanjung Batu dan Tanjung
Labian,
Seterusnya Tuan-Tuan dan Puan–Puan sekalian
yang hadir dan berada di majlis ini pada pagi ini.
1. Alhamdulillah, pada pagi ini
kita semua dapat berkumpul dan berada di majlis penyerahan kunci rumah-rumah baru
kepada 45 ketua keluarga yang telah terjejas kehidupan ketika Operasi Daulat
dilancarkan oleh pihak berkuasa keselamatan di sini hampir setahun yang lalu.
Saya ingin menyampaikan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk
Mohamed Thajudeen bin Abdul Wahab, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara kerana
telah menjemput saya untuk hadir dan seterusnya menyempurnakan penyerahan kunci
rumah-rumah baru yang telah siap dibina
kepada 45 Ketua Keluarga di kampung Tanjung Batu dan Tanjung Labian di
sini pada pagi ini.
2. Saya juga ingin menyampaikan ucapan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih dari Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Sabah, khususnya
kepada Yang Berhormat Tan Sri Sukarti Wakiman kerana telah memberi kerjasama
yang baik di dalam usaha membina dan menyiapkan projek ini di sini.
Y Bhg Tan Sri / Datuk –datuk / Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekelian
3. Kejayaan menyiapkan 45 unit rumah yang akan diserahkan kepada
45 Ketua Keluarga di kampung Tanjung Batu dan Kampong Tanjung Labian ini telah sekali lagi menjadi bukti akan
keprihatinan serta keupayaan Kerajaan Persekutuan dalam menunaikan atau
mengotakan segala janji yang telah dibuat. Sepertimana kita telah maklum,
bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam lawatannya ke Lahad Datu pada
6 April 2013 telah mengumumkan akan bantuan rumah baru kepada penduduk yang
terjejas kesan dari pelaksanaan Operasi Daulat di kawasan ini dan Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana
Menteri telah dipertanggungjawab untuk melaksanakan pembinaan rumah-rumah ini.
Pada hari ini, semua 45 unit rumah telahpun disiapkan dan sepertimana kita
saksikan, rumah-rumah ini jauh lebih baik dan akan memberi keselesaan kehidupan
yang lebih bermakna kepada keluarga yang mendiaminya. Pembinaan rumah-rumah ini
adalah berlandaskan konsep Building Back
Better iaitu kerajaan membina semula rumah yang jauh lebih baik serta lebih
berkualiti kepada rakyat berbanding rumah yang didiami sebelum ini . Tenttulah
suasana hidup yang lebih selesa akan dirasai dan dengan itu saya berharap semua
penduduk di sini akan sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan
yang sentiasa berusaha untuk membawa kehidupan yang lebih baik untuk rakyatnya.
4. Sebenarnya, kerajaan sentiasa berusaha dan melakukan apa sahaja
kaedah atau cara untuk membangunkan kehidupan rakyat kearah yang lebih selesa.
Kita telah maklum bahawa pencerobohan pengganas di Kampung Tanduo, Lahad Datu
dan seterusnya merebak ke kawasan Tanjung Labian dan Lanjung Batu telah menyebabkan
beberapa langkah diambil untuk memperkukuhkan keselamatan di kawasan ini atau
di kawasan Sabah Timur. Pengwujudan Kawasan Keselamatan Khas Sabah Timur atau
ESSZONE dan ditadbir oleh ESSCOM yang beribu pejabat di Lahad Datu telah
membolehkan usaha dan tumpuan yang lebih khusus diberikan oleh kerajaan dalam
mempertingkatkan kawalan keselamatan di Sabah Timur ini. Kerajaan telah
menyediakan peruntukan yang besar dalam mengwujudkan ESSCOM khususnya dari
aspek keselamatan dan pertahanan. Manakala penambahbaikan dalam aspek sosial
juga perlu dijalankan dan langkah pembinaan semula rumah di kawasan ini juga
merupakan sebahagian strategi tidak langsung untuk mengukuhkan keselamatan di
Tanjung Labian dan Tanjung Batu ini.
YBhg
Tan Sri / Datuk –Datuk / Tuan-Tuan dan
Puan-Puan sekelian
5. Saya ingin mengajak dan menyeru kepada semua
penduduk di Zon Labian ini khasnya dan seluruh Sabah Timur khasnya untuk
bersama menjadi benteng pertahanan yang kukuh dan jitu untuk menjaga
keselamatan dan mempertahankan kedaulatan negara yang kita cintai ini. Semua
penduduk boleh dan mesti memainkan peranan yang tersendiri dalam membantu pihak
berkuasa memperkukuhkan keselamatan di sini. Kita harus bersedia untuk membantu
dan bekerjasama dengan kerajaan dalam menjaga keselamatan termasuklah sentiasa sensitif
terhadap gerak laku yang mencurigakan dari orang atau kumpulan yang tidak kita
kenali dan berada di kampung kita. Laporan segera kepada pihak berkuasa perlu
dibuat untuk membolehkan tindakan cepat diambil untuk membanteras sebarang
anasir yang boleh mengancam keselamatan negara kita.
6. Hari ini, keadaan atau suasana kehidupan
penduduk di Tanjung Labian ini telah pulih kembali. Semua penduduk telah dapat
meneruskan kehidupan seperti sediakala. Malah dengan penyerahan kunci–kunci
rumah yang akan disempurnakan, keadaan kehidupan penduduk di sini pastinya akan
menjadi lebih baik. Saya meminta supaya penduduk di sini akan sentiasa
bersyukur dengan rahmat ini dan sentiasa mengenang budi dan jasa baik kerajaan
yang telah mengubah keadaan kehidupan penduduk di sini.
7. Saya ingin mengambil kesempatan untuk
mengucapkan tahniah dan syabas serta terima kasih kepada Majlis Keselamatan Negara
di atas kejayaan menyiapkan projek ini, Walaupun berhadapan dengan pelbagai masalah,
akhirnya dengan komitmen serta tanggungjawab yang baik, projek ini telah berjaya
disiapkan. Terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri Sabah yang telah
menyediakan tapak kepada penduduk yang tidak memiliki tanah. Dengan kerjasama
yang baik dari kerajaan Negeri Sabah, akhirnya projek ini berjaya disiapkan.
8. Sekali lagi saya menyeru supaya 45 keluarga
yang terlibat akan menerima dan menjaga rumah ini dengan baik dan penuh
tanggungjawab. Akhirnya saya berharap agar kehidupan semua penduduk di sini akan
sentiasa berada dalam keadaan aman dan selamat dan dengan penyerahan
rumah-rumah baru ini, maka kualiti kehidupan rakyat disini ternyata telah
ditingkatkan dan ianya adalah lambang kejayaan serta keprihatinan kerajaan
terhadap rakyatnya biar di mana jua rakyat berada.
Sekian,
WabillahiTawfik
Walhidayah Warahmatullahi Wabarakatuh.
Terima Kasih.
Majlis
Keselamatan Negara
Jabatan Perdana
Menteri
25
Februari 2014
LAPORAN MEDIA
[1] http://www.nst.com.my/latest/victims-of-lahad-datu-intrusion-receive-45-new-homes-1.492810
[2] http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2014/2/25/mstar_berita/20140225142322&sec=mstar_berita
[3] http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0225&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_06.htm
[4] http://www.malaysiandigest.com/news/490064-victims-of-lahad-datu-intrusion-receive-45-new-homes.html
[5] http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/75676
[6] http://www.bnbbc.my/?p=8592
[5] http://www.newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/75676
[6] http://www.bnbbc.my/?p=8592